PENDEKATAN BIBLIO-COUNSELING DALAM MEMBENTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU PELAJAR

Suhana Binti Sarmadan, Muhammad Saffuan Abdullah

Abstract


Pendekatan Bibio-Counseling adalah gabungan penggunaan teknik biblio dan kaedah bercerita di dalam proses bimbingan dan proses kaunseling sebagai salah satu kreativiti guru bimbingan dan kaunseling. Pendekatan Bibio-Counseling dirancang dan dipilih secara terarah sebagai satu tindakan terapeutik yang diyakini dapat mempengaruhi perubahan sikap, perasaan, dan perilaku murid sesuai dengan sikap, perasaan dan tingkah laku yang diharapkan. Pendekatan Bibio-Counseling merupakan satu bentuk teknik sokongan menggunakan bahan bacaan tertentu yang dipilih bagi tujuan membentuk perkembangan kendiri dan sahsiah murid yang lebih positif. Kesannya 92% merasa tenang selepas menjalani Pendekatan Bibio-Counseling, 94% yakin untuk berubah ke arah yang lebih positif, 90% yakin membuat keputusan, 88% dapat mengawal emosi, 92% lebih bermotivasi dan 90% peningkatan murid hadir awal ke sekolah. Modul ini telah diaplikasikan di dua buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah (1 SJKC, 1 SJKT dan 2 SK) di daerah Kulai. Pendekatan ini juga telah dikongsikan bersama-sama Guru Besar-Guru Besar di Banda Acheh, Indonesia pada 2016. Pendekatan ini boleh digunakan untuk tujuan pencegahan serta membentuk konsep diri yang positif, memahami tingkah laku, meningkatkan motivasi, untuk melegakan tekanan emosi dan kebosanan, untuk membincangkan masalah secara terbuka serta meneroka pelbagai pilihan dalam penyelesaian masalah dan seterusnya memberi celik akal kepada murid. 

 

Kata Kunci: bercerita, celik akal, teknik biblio, tingkah laku

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Ghani Abdullah, Ph.D dan Abd. Rahman Abd. Azizi. 2009. Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur. PTS Professional.

Abdul Halim Mohd Hussin, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Amin Al Haadi Shafiee. 2014. Terapi Biblio Kepulihan. Negeri Sembilan. Universiti Sains Islam Malaysia.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2011. Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah & di Rumah. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cathy A. Malchiodi & David A. Crenshaw. 2010. Creative Arts and Play Therapy for Attachment Problems. New York, London. The Guilford Press.

Eva Imania Eliasa. Bibliotherapy Sebagai Sebuah Metode Tindakan Yang Bermakna. Artikel daripada sumber internet. Universitas Negeri Yogyakarta

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid dan Azmawaty Mohamad Nor. 2014. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya .

Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. 2007. Kaunseling Psikoterapi : Teori, Teknik dan Amalan. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2006. EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pahang. PTS Professional.

Salhah Abdullah. 2009. Kecerdasan Pelbagai : Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. PTS Professional.




DOI: http://dx.doi.org/10.22373/taujih.v1i1.7192

Copyright (c) 2020 At-Taujih : Bimbingan dan Konseling Islam

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


     

View My Stats

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.

Editorial Office:

Prodi Bimbingan dan Konseling Islam
Fakultas Dakwah dan Komunikasi
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh
Jl. Syech Abdur Rauf Darussalam,
Banda Aceh - Aceh 2311

Telp: -
HP: +62 853 7927 0086/ 0823 6823 8600
Email : [email protected]

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh
www.ar-raniry.ac.id