PERKONGSIAN CABARAN DALAMAN DAN LUARAN KLIEN WANITA BERPOLIGAMI OLEH KAUNSELOR MUSLIM DI PULAU PINANG MALAYSIA
Abstract
Poligami merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai isteri lebih dari seorang. Manakala kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh isteri atau wanita yang berpoligami secara lebih mendalam dan terperinci masih lagi kurang dijalankan (Mohd Amirruddin, 2005; Jaymess, 2007). Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya, manakala wanita mencemuhnya (Zuhayati, 2010). Sehubungan itu, kajian ini berkaitan dengan poligami dan dikhususkan kepada wanita Islam yang berpoligami iaitu wanita yang berpoligami ingin dijalankan. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran luaran dan dalaman yang dihadapi oleh wanita yang poligami secara lebih mendalam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka (Kamarul Azmi, 2012; Kamarul Azmi, 2012; Rusli Ahmad et al., 2014). Sampel kajian adalah bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri daripada seorang isteri pertama, dua (2) orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil kajian mendapati terdapat dua (2) skop cabaran iaitu cabaran dalaman dan luaran. Didapati tiga (3) cabaran luaran yang dihadapi oleh responden iaitu aspek jasmani, aspek ekonomi dan aspek interaksi sosial. Manakala, cabaran dalaman terdapat tiga (3) aspek iaitu aspek emosi, aspek intelektual dan aspek rohani. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien dalam golongan ini dapat dibantu dengan lebih berkesan.
Kata kunci: Perkongsian, cabaran, cabaran dalaman, cabaran luaran, klien, poligami dan wanita.
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Alan S. Gurman & David P. Kniskern. (1991). Handbook of Family Therapy (Editor)
Volume 2. 1st Edition, New York : Routledge.
Attridge, M. (2013). Jealousy and Relationship Closeness: Exploring the Good
(Reactive) and Bad (Suspicious) Sides of Romantic Jealousy. SAGE Open, 1-16.
Avy Joseph. (2009). Cognitive Behavior Therapy. Capstone Publishing Ltd: UK.
Beck, J.S. (1995). Cognitive therapy: Basics and beyond. Guilford Press: New York.
Duma, U. (2009). Jealousy and Compersion in Close Relationships: Coping Styles by
Relationship Types. GRIN Verlag.
Mayo Clinic (2012). Anger management: 10 tips to tame your temper.
www.mayoclinic.com
Morry, M.M, Reich, T., & Kito, M. (2010). How do I see you relative to myself?
Relationship quality as a predictor of self- and partner-enhancement within cross-sex friendships, dating relationships, and marriages. Journal Social Psychology. 150(4):369-92. doi: 10.1080/00224540903365471.
Nadiyah Elias (2005). An Islamic cognitive behavioral therapy approach (CBT) for
Helping clients with gender identity and sexual orientation problems. Paper presented at the National Seminar on Applied Psychology 2005, organized by Applied Psychology Centre, IIUM, at Cultural Activitiy Centre, IUM, Gombak, Selangor, on 3rd and 4th September.
Nadiyah Elias (2007). Program pencegahan merokok menggunakan integrasi
pendekatan penerapan nilai Islam dan program psikopendidikan. Kertaskerja dibentangkan di Seminar Kaunseling dan Pendidikan Moral 2007, 26-27 Mei, di Hotel Sri Malaysia, Sungai Petani, anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.
Nadiyah Elias (2012). Kaunseling Islam: Strategi intervensi bagi ketagihan seksual
internet. Kertas kerja dibentangkan di Konvesyen Kaunseling PERKAMA Kebangsaan Ke 18,19–21 Jun, 2012; di INTAN, Sabah.
See Ching Mey (2009). Pendekatan kaunseling. Lembaga Kaunselor: Kuala Lumpur.
Wan Siti Aminah (2008). Cemburu bagi wanita bermadu. Tesis Sarjana. Universiti
Utara Malaysia.
Yatimah Sarmani & Mohd Tajudin Minggal. (2008). Teori kaunseling al Ghazali.
Selangor Darul Ehsan: HIZBI Sdn Bhd.
DOI: http://dx.doi.org/10.22373/taujih.v3i1.7187
Copyright (c) 2020 At-Taujih : Bimbingan dan Konseling Islam
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
View My Stats
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.
Editorial Office:
Prodi Bimbingan dan Konseling Islam
Fakultas Dakwah dan Komunikasi
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh
Jl. Syech Abdur Rauf Darussalam,
Banda Aceh - Aceh 2311
Telp: -
HP: +62 853 7927 0086/ 0823 6823 8600
Email : [email protected]
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh
www.ar-raniry.ac.id